Wednesday 21 March 2012

Keputusan SPM 2011 telah pun diumumkan

Keputusan SPM 2011 telah pun diumumkan. Tahniah kepada yang berjaya. kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa patah semangat. pelajari dari setiap kesilapan perbaiki setiap kelemahan bagi menghadapi masa hadapan yang kian mencabar. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dari yang Maha Esa bagi yang beriman kepada Nya.
Bagi calon-calon SPM 2012, pasti anda telah menyaksikan perasaan perasaan gementar gelisah pada setiap calon 2011 serta ibu bapa mereka. Berbagai-bagai perkara yang mereka fikirkan. Adakah keputusan daku cemerlang? Adakah daku telah belajar ketahap kemampuan yang diberikan Allah atau aku mensia-sia kan nya? Apabila keputusan diumumkan, ada yang gembira, ada yang berduka, ada yang redha. Bagi yg telah berusaha bersungguh-sungguh dan memdapat kepujian yang cemerlang, tahniah diucapan kan. Bagi yg tidak berusaha tetapi mendapat keputusan yang cemerlang tahniah juga diucapkan. Bagi yg telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat keputusan yang diharapkan, tabahkan hati. dan bagi yang sebelum menduduki peperiksaan telah pun meredhakan diri dengan keputusan yang seadanya, terimalah seadanya. Dan ingatlah setiap kejayaan atau kegagalan itu adalah ujian dari Nya. Dan seperti ramai org mengatakan bahawa keputusan cemerlang sewaktu di SPM belum tentu membawa kecemerlangan di masa hadapan ( tapi perlukan kita tidak cemerlang sewaktu SPM? ). Dan kegagalan ketika SPM bukan bermakna kita akan gagal di masa hadapan ( dengan syarat sedar diri perbaiki diri tapi kalau dok perangai cam tu jugak entah la....berserah kepada takdir semata-mata je la)Dan salah kah untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada kedua ibu dan bapa kita apabila mereka mendapat tahu yang anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang (walaupun selepas beberapa ketika tiada yg kisah berapa A yg kita dapat).....

2 comments:

  1. yep.. berapa A mmg tak penting... tp, kalau tak berusaha, bkn setakat A, B pun belum tentu boleh dapat...

    ReplyDelete
  2. terkenang jasa cikgu yang masih berbekas dalam diri ini,

    infiniti terima kasih buat cikgu!

    Moga Allah merahmati hidup cikgu :)

    ReplyDelete