Wednesday 28 March 2012

Phalaenopsis yg sedang mekar

Lama dah beli dan dijaga.



Jika di kawasan berhawa sejuk pasti kuntum nya lebih banyak....

Friday 23 March 2012

MY FURKIDS part two

My black beauty

NAME           :   Myheritage Valaris
DOB              :   14/08/2005
BREED          :   Munchkin short hair
SEX               :   Female
COLOUR      :   Black
Registered to The International Cat Association  ( http://www.tica.org/ )





The Munchkin is a cat breed created by a naturally occurring genetic mutation that results in cats with abnormally short legs. However, the shortness of their legs does not seem to interfere with their running and leaping abilities .

Thursday 22 March 2012

MY FURKIDS part one

Buat masa sekarang hamba menumpang hidup dengan 5 anak-anak bulus  ( yup, they own the house).

Bermula dengan seekor, bertambah sehingga menjadi 5. Bermacam perangai dan kerenah. Dan semuanya takut dengan org asing . Tak biasa rasanya. Maklumla duk kat rumah je. Setelah beberapa tahun hidup bersama-sama mereka ini, hamba dapati kucing jantan lebih manja dan jinak berbanding kucing betina.

Let me introduce my first furkid...

Name    : Myheritage Mysuri Ratnasari
DOB     : 11/09/2006
Sex       : Female
Breed    : American Curl (Long Hair)
Colour  : Tortoiseshell
Registered to The Cat Fanciers Association (CFA) http://www.cfainc.org




The American Curl is a breed of cat characterized by its unusual ears, which curl back from the face toward the center of the back of the skull.

Wednesday 21 March 2012

Keputusan SPM 2011 telah pun diumumkan

Keputusan SPM 2011 telah pun diumumkan. Tahniah kepada yang berjaya. kepada yang kurang berjaya jangan berputus asa patah semangat. pelajari dari setiap kesilapan perbaiki setiap kelemahan bagi menghadapi masa hadapan yang kian mencabar. Yakinlah bahawa setiap yang berlaku ada hikmah dari yang Maha Esa bagi yang beriman kepada Nya.
Bagi calon-calon SPM 2012, pasti anda telah menyaksikan perasaan perasaan gementar gelisah pada setiap calon 2011 serta ibu bapa mereka. Berbagai-bagai perkara yang mereka fikirkan. Adakah keputusan daku cemerlang? Adakah daku telah belajar ketahap kemampuan yang diberikan Allah atau aku mensia-sia kan nya? Apabila keputusan diumumkan, ada yang gembira, ada yang berduka, ada yang redha. Bagi yg telah berusaha bersungguh-sungguh dan memdapat kepujian yang cemerlang, tahniah diucapan kan. Bagi yg tidak berusaha tetapi mendapat keputusan yang cemerlang tahniah juga diucapkan. Bagi yg telah berusaha bersungguh-sungguh tetapi tidak mendapat keputusan yang diharapkan, tabahkan hati. dan bagi yang sebelum menduduki peperiksaan telah pun meredhakan diri dengan keputusan yang seadanya, terimalah seadanya. Dan ingatlah setiap kejayaan atau kegagalan itu adalah ujian dari Nya. Dan seperti ramai org mengatakan bahawa keputusan cemerlang sewaktu di SPM belum tentu membawa kecemerlangan di masa hadapan ( tapi perlukan kita tidak cemerlang sewaktu SPM? ). Dan kegagalan ketika SPM bukan bermakna kita akan gagal di masa hadapan ( dengan syarat sedar diri perbaiki diri tapi kalau dok perangai cam tu jugak entah la....berserah kepada takdir semata-mata je la)Dan salah kah untuk memberi sedikit kebahagiaan kepada kedua ibu dan bapa kita apabila mereka mendapat tahu yang anak mereka mendapat keputusan yang cemerlang (walaupun selepas beberapa ketika tiada yg kisah berapa A yg kita dapat).....

Friday 16 March 2012

Taiping Sentral Orchid Show 2012 - Menguji Kesabaran

Lepas sembahyang jumaat, bersiap-siap untuk bergerak balik ke Bukit Kayu Hitam. Masuk je kereta dapat pesanan ringkas yang menyatakan roadtax telah pun siap dan boleh diambil. Jadi bergerak terus ke Manjung. Setelah selesai urusan mengambil roadtax tersebut, nak patah balik semula ke jalan manong-kuala kangsar jauh la pulak. Jadi terpaksalah mengikut jalan pantai remis-trong Changkat jering. Rancangan asal nak singgah Taiping nak lihat pameran orkid. Punya la stress ikut jalan tu. Pertama, satu lorong. Ke dua punya la banyak lori. ketiga pemandu-pemandu yg lembap. stress teramat. Nasib baik kat dalam kereta tu hanya hamba bertemankan anak-anak bulus. Menguji kesabaran betul. Nasib baik waktu sampai kat Taiping Sentral tu pameran masih di buka. Begitu juga dengan gerai-gerai jualan. Dah sampai di pameran kesabaran di uji sekali lagi. Semua nak beli. Menguji kesabaran sungguh.




Setelah pusing-pusing 10 kali kat gerai-gerai jualan, hamba telah membeli beberapa pokok orkid untuk dibawa pulang sebagai pengubat perasaan yang stress tadi. 2 pokok phalaenopsis, 1 pokok Cattleya dan 3 pseudobulb pokok Cattleya.


                                                            Cattleya NoID
                                                         Phalaenopsis NoID
                                                        Phalaenopsis NoID
                                            Cattleya pseudobulb

Tuesday 13 March 2012

MEMBACA JAMBATAN ILMU

Dalam setiap perkara yang kita lakukan ilmu adalah tersangat penting. Samada kita hendak menjawab kertas 2 biologi SPM, atau ketika hendak membuat "cup cake"  mug dalam masa 5 minit menggunakan microwave oven, ataupun ketika kita hendak memelihara sugar glider, semuanya memerlukan kita mempunyai ilmu dalam bidang @ perkara berkenaan. Oleh sebab itu, setelah menonton John Carter di TGV Kinta City, hamba pun mengatur langkah ke MPH dan membeli buku ini untuk dijadikan panduan dan rujukan. Selamat membaca diri.

Monday 12 March 2012

Anggerik @ Orchids



Rasanya pokok orkid dari genus Phalaenopsis ini merupakan pokok orkid yang pertama hamba beli. Di Cameron Highland kalau tak salah. Hampir 6 tahun kalau tidak silap perkiraan hamba. Ada masanya ia berbunga, ada masanya ia berdaun sahaja( mana tidak nya ada masa ianya bersiram, ada masanya tidak bersiram dan ada ketikanya terlebih siram). Kini setelah hampir setahun tidak berbunga, muncul tangkai bunga dengan 7 kudup bunga. Satu telah pun berkembang mekar.

Dalam ilmu biologi, semua tumbuhan diletakkan di bawah alam Plantae. Di dalam alam Plantae pokok-pokok orkid di masukkan ke dalam filum Angiosperma (tumbuhan berbunga).Filum Angiosperma terbahagi kepada 2 kelas iaitu dikot dan monokot. Orkid terletak di dalam kelas monokot. Di dalam kelas monokot, pokok-pokok orkid ini tergolong dalam order Asparagales. Di dalam order Asparagales ini, salah satu famili nya adalah Orchidaceae. Terdapat 880 genus pokok orkids yang  telah ditemui sehingga kini. Bilangan spesies dianggarkan dalam 20+ ribu.

Sunday 11 March 2012

Orang lain lama dah ada blog sendiri. Jadi di waktu dinihari ini, hamba telah membuat keputusan untuk menjadi seorang blogger (walaupun tidak pasti lagi sejauh mana blog ini akan hidup).Berusahalah diri...