Monday 12 March 2012

Anggerik @ Orchids



Rasanya pokok orkid dari genus Phalaenopsis ini merupakan pokok orkid yang pertama hamba beli. Di Cameron Highland kalau tak salah. Hampir 6 tahun kalau tidak silap perkiraan hamba. Ada masanya ia berbunga, ada masanya ia berdaun sahaja( mana tidak nya ada masa ianya bersiram, ada masanya tidak bersiram dan ada ketikanya terlebih siram). Kini setelah hampir setahun tidak berbunga, muncul tangkai bunga dengan 7 kudup bunga. Satu telah pun berkembang mekar.

Dalam ilmu biologi, semua tumbuhan diletakkan di bawah alam Plantae. Di dalam alam Plantae pokok-pokok orkid di masukkan ke dalam filum Angiosperma (tumbuhan berbunga).Filum Angiosperma terbahagi kepada 2 kelas iaitu dikot dan monokot. Orkid terletak di dalam kelas monokot. Di dalam kelas monokot, pokok-pokok orkid ini tergolong dalam order Asparagales. Di dalam order Asparagales ini, salah satu famili nya adalah Orchidaceae. Terdapat 880 genus pokok orkids yang  telah ditemui sehingga kini. Bilangan spesies dianggarkan dalam 20+ ribu.

No comments:

Post a Comment